PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday 29 February 2012

hukum berdoa dalam sujud


"Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud" (HR Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Abu Hurairah)

Oleh kerana Nabi s.a.w. menyebutkan sujud di dalam hadis di atas secara umum (tanpa menghadkan pada mana-mana sujud) maka galakan membaca doa ketika sujud itu merangkumi semua sujud di dalam solat.

Ketika sujud itu harus berdoa dengan apa sahaja doa asalkan yang dipohon adalah perkara yang tidak dilarang oleh Syarak. Jika doa itu dalam bahasa Arab, harus ia dilafazkan oleh lidah sekalipun doa itu bukan yang maksur (yakni bukan dari al-Quran atau hadis Nabi). Cuma hendaklah lafaz itu diperlahankan kerana bacaan ketika sujud tidak sunat dikuatkan. Adapun dalam bahasa lain tidak harus dilafazkan oleh lidah. Memadai dengan berdoa di dalam hati sahaja kerana bahasa yang diharuskan di dalam solat hanyalah bahasa Arab sahaja.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawasanya dijadikannya imam itu tidak lain semata-mata untuk diikuti. Jika imam takbir, maka takbirlah kamu, dan janganlah kalian mendahului takbir sehingga imam itu takbir. Jika imam rukuk, barulah kamu rukuk dan janganlah kalian mendahului rukuknya imam, sehingga imam itu rukuk. Dan jika imam mengucapkan ‘Sami’allahuliman hamidah,’ maka bacalah kamu ‘Allaahumma rabbanaa lakal hamdu,’ dan jika imam sujud barulah kamu sujud dan janganlah kamu sujud mendahului imam sehingga imam itu sujud. Dan jika imam itu solat berdiri, maka kalian pun harus solat berdiri. Jika imam solat duduk maka kamu hendaklah solat duduk semuanya.” (Riwayat Abu Daud no.603)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...