PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday 29 November 2010

resepi puding cocktail

sumber : google
Bahan-bahan
· 1/2 paket agar-agar
· 6 mug air
· 1 mug gula
· 1 tin susu cair
· 1 tin buahan cocktail
Cara-cara
1. masak agar-agar bersama gula dan air hingga hancur
2. bila semua sudah hancur, matikan api dan masukkan susu cair
3. kacau sekejap kemudian tuangkan dalam bekas yang sesuai
4. tunggu ia sejuk dan mula membeku,barulah di curahkan buah-buahan cocktail
5. akhir sekali masukkan dalam peti sejuk dan dimakan.

Sunday 28 November 2010

resepi agar-agar kering

sumber : google
Bahan-bahan:
· 50 gm agar-agar - direndam lembut dahulu
· 400 gm gula
· 1 cawan gula batu
· 6 gelas air
· Daun pandan
· Pewarna
Cara-cara:
1. Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
2. Masukkan gula dan gula batu dan masak lagi hingga kesemua gula telah hancur. Apabila gula sudah hancur dan pekat matikan api. Tapiskan larutan gula tersebut dan masukkan dalam 2 atau lebih bekas/loyang.
3. Masukkan satu pewarna dalam setiap satu loyang. Kacau rata dan sejukkan.
4. Bila telah keras potong mengikut saiz yang sesuai. Agar-agar yang dipotong hendaklan tidak terlampau kecil kerana ia akan mengecut apabila dijemur.
5. Agar-agar yang telah siap dipotong boleh di susunkan dalam dulang dan jemur ditengah panas matahari sehingga betul-betul kering.
6. Agar-agar yang dipotong perlu kerap dibalik-balikkan agar kesemua bahagian agar-agar kering dengan sekata. Agar-agar yang cukup kering boleh simpan dalam bekas yang kering.

Wednesday 24 November 2010

tips memenangi hati lelaki

Dalam menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan, setiap perlakuan, pergerakan, tutur kata dan bahasa badan diperhatikan.

1 - Banyak lelaki yang sukakan wanita yang mempunyai sikap berterus terang dan tidak berpura-pura. Jadi janganlah menunjukkan sikap hipokrit kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga.

2- Tahu menjaga diri dan membuatkan diri dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri.

3- Bijak bergaya. Tidak seharusnya memperagakan tubuh badan tetapi berpakaianlah mengikut kesesuaian tempat dan suasana

4- Penyayang, manja, lemah-lembut dan romantik.

5- Berkaliber dan boleh dibawa berbincang.

6- Penghibur, suka tersenyum dan sentiasa riang.

7- Menghormati perasaan orang lain.

8- Pandai menjaga personaliti diri agar sentiasa nampak kemas dan menarik.

9- Lemah-Lembut dalam tutur kata dan pandai menyusun ayat.

10- Berfikiran terbuka dan boleh dibawa ketengah dan ke tepi.

11- Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

12- Mempunyai karier dan cita-cita. Lelaki suka jika pasangannya mempunyai pengetahuan yang luas.

13- Pandai mengambil hati orang tua.

14- Lelaki tidak suka wanita yang kasar, suka bertepuk tampar atau mencubit walau baru pertama kali berjumpa.

15- Jangan menunjuk-nunjuk barang kemas dan memakai terlalu banyak kerana ada lelaki yang berasa anda mata duitan.

16- Elakan sikap suka berbohong kerana ia akan membuatkan lelaki sukar untuk mempercayakan anda lagi.

17- Jangan suka merengek..

18- Jangan suka mengarah lelaki.

19- Jangan meninggi suara atau menengking walau kita tidak berniat untuk berbuat begitu.

20- Biarkan pasangan membayar bila dia mahu berbuat begitu kerana bila kita menolak dia merasakan egonya tercabar.

21- Jangan ketawa mengilai-gilai.

Monday 22 November 2010

khasiat madu lebah


A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
“MIRACLE ANTIBI0TIK”

SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.


10 tanda besar kiamat

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim

1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.

Sunday 21 November 2010

8 pengertian cinta menurut al-Quran


1. Cinta Mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.


2. Cinta Rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta Mail adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta Syaghaf adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.


5. Cinta Ra’fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi penzina (Q/24:2).

6. Cinta Shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta Syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi


8. Cinta Kulfah, yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Friday 12 November 2010

fahami hati lelaki

Lelaki oh lelaki. Kadangkala kita tidak tahu sejauh mana seseorang lelaki itu benar-benar menyayangi diri kita atau tidak. Memang mudah untuk melafazkan kata cinta, tetapi untuk membuktikannya tidak semua lelaki berani tampil ke depan! Kalau anda ingin tahu , orang lelaki yang betul-betul mencintai dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan! Hmm… hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba semulajadi berubah menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang sedang kemaruk cinta sanggup bekorban apa saja demi untuk kekasihnya. Walau keras mana hati insan bergelar lelaki, dia tetap akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.

  • Dia lelaki sanggup melakukan apa-apa saja untuk kekasih hati dengan rela bukan kerana terpaksa.
  • Dia lelaki sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang ringan mulut(peramah dan suka berbual)
  • Dia lelaki banyak memberi nasihat kepada kekasihnya kerana sayangkan kekasihnya.
  • Dia lelaki akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu meluap-luap.
  • Dia lelaki yang sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Dia lelaki yang sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana berasa curuga.
  • Dia lelaki yang tiidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  • Dia lelaki yang mudah sensitive apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian padanya.
  • Akan memuji kekasihnya di hadapan orang lain.
  • Berasa serik untuk bercinta lagi setelah di tinggalkan oleh kekasihnya tetapi sentiasa berharap kekasihnya kembali padanya semula.
  • Apabila muncul orang ketiga, dia sanggup melakukan apa saja untuk merebut kembali hati kekasihnya.
  • Mengangap kekasihnya orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta bahkan nyawa sendiri.
  • Ayuh, kita lihat lelaki mana yang benar-benar mencintai kita sepenuh hati dan sanggup sehidup semati dengan kita hingga ke akhir hayat !
  • Dia lelaki menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Dia lelaki yang pandai merajuk untuk dipujuk oleh kekasihnya.
  • Dia lelaki akan tidak keruan apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
  • Dia lelaki yang sentiaa memastikan keselamatan kekasihnya.
  • Dia lelaki yang lebih mementingkan kekasih dari dirinya.
  • Dia lelaki yang kerap bertanya adakah dirinya dicintai kerana merasakan kasihnya lebih kuat dari kekasihnya.
  • Dia lelaki yang tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan yang penting dengannya.
  • Dia lelaki yang sanggup meluangkan lebih banyak masa dengan kekasih walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.
  • Tidak akan bersikap curang, namun sekiranya ini berlaku dia tidak 100% mencintai anda.
  • Yang paling penting, tidak semua insan bergelar lelaki sangup mengalirkan air mata hanya untuk perempuan.

Jadi, wahai wanita bersedialah anda untuk memahami secebis hati milik seorang insan bergelar lelaki.

Monday 8 November 2010

fakta mengenai lelaki

1.Lelaki tidak detail dlm percakapan
Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what's his comment dier just cakap: "Mm..dah nak putus nak wat camne..."

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi


3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.


4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.

Contohnya, dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!
Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5. Lelaki tidak bergosip
Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.

Sunday 7 November 2010

pesanan Imam Al-Ghazali

  1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak- kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
  2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
  3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
  4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
  5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..

Saturday 6 November 2010

50 fakta kaum adam dan hawa

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam. 
2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi. 
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat. 
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan. 
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki-laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu. 
6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki. 
7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal. 
8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ). 
9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong,
 Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut. 
10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat. 
11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita. 
12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman. 

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki. 
14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita. 
15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak. 
16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki. 
17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut
, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ). 
18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita
, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih. 
19. Lebih banyak wanita menggunakan kaca mata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun. 

20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. 
Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki. 
21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37. 
22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar. 
23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki-laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya. 
24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. 
Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sedar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada. 
25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung
, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita. 
27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita. 
28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik. 
29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki. 
30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama. 
32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.
 
33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, 
wanita menjauhi. 
34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi 
lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki. 
35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun. 
36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru. 
37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki. 
38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki. 
39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan. 
40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol. 
41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki. 
42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama. 
43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki. 
44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal kerana kanker paru-paru dan penyakit jantung. 
45. 
Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990. 
46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. 
Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri. 
47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki-laki, 95 % penghuni penjara adalah pria. 
48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /diperdaya daripada anak perempuan. 
49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksa giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki. 
50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

Thursday 4 November 2010

hati seorang wanita


1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10.Seks:SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada 1 saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

Tuesday 2 November 2010

sifat yang disukai pasangan berlawanan jenis

Lima sifat wanita yang disukai lelaki :

1. Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mumpunyai ciri-ciri keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.

2. Prihatin dan menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

3. Menjaga penampilan – Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri.

4. Bijak berbicara – Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadi lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

5. Solehah – Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.

Lima sifat lelaki yang disukai wanita :

1. Percaya diri – Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.

2. Lelaki lucu – Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.

3. Romantik – Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.

4. Bijak – Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak.

5. Kemas - Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...