PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday 29 September 2011

Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?


Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?


Remaja amat mahal
                     sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
                     pendirian
keberanian dan ilmu


Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju


Rahman Shaari
Langit Di Tangan, 1995
Dewan Bahasa Dan Pustaka

Saturday 17 September 2011

tanda-tanda hari kiamat | video

hayati dan ambil pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup

sumber : youtube

Thursday 15 September 2011

resepi char kuew teow

Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
sumber : google
Cara-cara
UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu guna untuk meniaga so udang yang direbus memang dipakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lagi, jadi 1sb. Paste ini juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lagi garam dan gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa macam tawar boleh adjust ye


sumber : pak cik GOOGLE

Saturday 3 September 2011

pesanan buat si hawa


Hawa,
andai kau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu...andai kau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu...andai kau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-din Allah.

Hawa,
andai kau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu...ingatlah janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim keranaku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirlah senyuman dan tercetusnya salam...sekaligus disusuli dengan sebuah pertemuan yang ditakuti melahirkan nafsu...kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kebolehannya menggongcang iman lelaki...tetapi lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya.

Hawa,
lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya...lelaki yang warak juga tidak tidak bermain denagn cinta kerana dia tahu apa matlamat sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Hawa,
jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu dan kuatkanlah pendirianmu...andaikan tiada cinta Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu...biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat sebuah kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
cintailah Allah di kala susah mahupun senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga mencintai Allah, cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperoleh keredhaan Allah...cintailah keluargamu kerana kau tidak akan berjumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Hawa,
jangan sesekali tangan yang menghayun buaian akan menggongcang dunia dan menggongcang iman lelaki...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...