PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday 30 June 2011

cara menawan hati suami

Teknik pertama : Selami hati suami.

Kadangkala, suami menjadi dingin pada anda kerana mereka mempunyai masalah yang tidak dapat di luahkan dengan kata – kata.

Anda selami dan ambil tahu masalah yang di hadapi oleh suami anda. Pujuk suami anda supaya meluahkan masalah dia pada anda.

Jangan beri dia peluang untuk marah pada anda.

Jika dia marah, anda pujuk dia dan nyatakan kesudian anda untuk bersama – sama dengan dia. Apabila dia melihat anda ikhlas, dia akan mula goyah dan meluahkan segala – galanya pada anda.

Dengan ini, secara perlahan – lahan, suami anda akan kembali pada anda.

Teknik kedua : Cantikkan diri dan libatkan suami dalam aktiviti anda.

Jika anda mahu pergi ke pasar, anda paksa dia supaya menemani anda. Tampilkan diri anda dalam keadaan cantik dan ajak dia ke mana sahaja anda pergi.

Jika dia melihat anda dalam keadaan cantik, dia tidak akan lepaskan anda.

Tambahan pula, ketika anda keluar ramai lelaki yang suka melihat anda. Rasa cemburunya akan menjadikan dia lebih menyayangi anda.


Teknik ketiga : Sentiasa bermanja dengan dia.

Sentiasa peluk, cium dan belai suami anda. Lama kelamaan, dia pasti akan cair dengan kasih sayang yang anda tunjukkan.

Ketiga – tiga teknik ini boleh merapatkan kembali hubungan anda dan suami anda. Kadangkala, lelaki
ini hanya nampak semut di seberang tetapi tidak nampak gajah di depan mata.

Apa yang anda perlu lakukan adalah menyedarkan dia bahawa anda ada di sisi dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...