Monday, 23 January 2012

7 golongan lelaki yang disayangi Allah


1)  Pemimpin / imam yang adil.
-Adil itu dalam erti kata, bukan hanya pada pemimpin yang berada di bwahnya pengikut-pengikut yang ramai, tapi adil kepada isterinya, kepada anak-anaknya juga, bermakna pemimpin dalam segala segi.

2)  Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah.

3)  Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
- Lelaki yang apabila masuknya waktu solat, dia pun bergegas ke masjid untuk menunaikan solat di masjid. 
Golongan ini semakin kurang dan seperti Rasulullah pernah bersabda dahulu, yang "di akhir zaman nanti masjid akan kurang orang di dalamnya walaupun kedudukannya di tengah lembah manusia"

4)  Dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.

5)  Lelaki yang diajak oleh perempuan yang berkedudukan tinggi dan mempunyai rupa paras yang menawan untuk melakukan maksiat lalu ia berkata; "Aku takut kepada Allah".
- Golongan yang ini benar-benar takutnya akan ALLAH, dia lebih takut akan balasan dari Maha Esa dari kesedapan yang nak dia dapat sekejap itu. 

6)  Lelaki yang memberikan sedekah dalam keadaan sembunyi hingga tangan kanannya tidak mengetahuinya.
- Yakni menginfakkan hartanya kerana ALLAH, dan tidak ada terlintas langsung tindakannya itu untuk mendapat pujian makhluk atau di angkat kerana kemurahan hatinya itu.

7)  Lelaki yang ingat kepada Allah dalam keadaan sembunyi/tidak diketahui oleh orang lain  sehingga gugurlah air mata daripada kedua matanya.
- Lelaki yang takutkan akan ALLAH, sehingga gugur air mata nya. Dan telah disebutkan bahawa mata yang menangis kerana insaf dan takutnya akan balasan ALLAH itu adalah mata yang diharamkan akannya api neraka. (takut dalam erti kata, bersungguh-sungguh menjauhi dosa dan maksiat yang dibenci ALLAH)


sumber

Monday, 16 January 2012

info menangis (part 1)


Tangisan berlaku kerana tujuh sebab:

1. Terlalu gembira
2. Kerana gila dan mabuk
3. Menanggung kesakitan
4. Gementar dan takut
5. Kesedihan
6. Menunjuk-nunjuk
7. Takutkan Allah

Tangisan yang akhir inilah tangisan yang boleh memadamkan lautan api walaupun hanya dengan setitis air mata sahaja.

“Tujuh orang akan dilindungi oleh Allah s.w.t di bawah lindunganNya pada hari kiamat. Salah seorang daripada mereka ialah seorang yang bersunyi diri mengingati Allah sehingga mengalir air mata.” Hadith Rasullullah

Dari Hazrat Aishah r.anha betanya kepada Nabi saw. “Adakah di kalangan umat tuan yang akan masuk syurga tanpa hisap?” Nabi menjawab “Ya, mereka yang menangis kerana mengenangkan dosa.”

“Dua titisan yang paling disukai Allah, pertama – titisan air mata yang dialirkan kerana takutkan Allah. Kedua – titisan darah yang tertumpah ke jalan Allah”

“Sekiranya air mata mengalir di mana-mana wajah kerana takutkan Allah walaupun sebesar kepala lalat maka Allah akan mengharamkan wajah itu daripada terkena api neraka.”

“Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah swt maka susah untuknya memasuki neraka sebagaimana susahnya susu masuk kembali ke putting.”

INFO: Menangis 

Menangis adalah satu akitiviti normal manusia. Tidak kira anda lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai hak yang sama untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata.

Ada bermacam-macam jenis menangis dan semuanya mempunyai kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata ketika memotong bawang umpamanya; air mata meleleh ketika mengalami saat sukar atau sekadar mengimbas kembali kenangan dan pengalaman pahit.

Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis begini. Inilah yang dikatakan tangisan yang berkesan, memberi kesan yang baik pada emosi seseorang sebagaimana ketawa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...