PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday 29 February 2012

hukum berdoa dalam sujud


"Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud" (HR Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Abu Hurairah)

Oleh kerana Nabi s.a.w. menyebutkan sujud di dalam hadis di atas secara umum (tanpa menghadkan pada mana-mana sujud) maka galakan membaca doa ketika sujud itu merangkumi semua sujud di dalam solat.

Ketika sujud itu harus berdoa dengan apa sahaja doa asalkan yang dipohon adalah perkara yang tidak dilarang oleh Syarak. Jika doa itu dalam bahasa Arab, harus ia dilafazkan oleh lidah sekalipun doa itu bukan yang maksur (yakni bukan dari al-Quran atau hadis Nabi). Cuma hendaklah lafaz itu diperlahankan kerana bacaan ketika sujud tidak sunat dikuatkan. Adapun dalam bahasa lain tidak harus dilafazkan oleh lidah. Memadai dengan berdoa di dalam hati sahaja kerana bahasa yang diharuskan di dalam solat hanyalah bahasa Arab sahaja.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawasanya dijadikannya imam itu tidak lain semata-mata untuk diikuti. Jika imam takbir, maka takbirlah kamu, dan janganlah kalian mendahului takbir sehingga imam itu takbir. Jika imam rukuk, barulah kamu rukuk dan janganlah kalian mendahului rukuknya imam, sehingga imam itu rukuk. Dan jika imam mengucapkan ‘Sami’allahuliman hamidah,’ maka bacalah kamu ‘Allaahumma rabbanaa lakal hamdu,’ dan jika imam sujud barulah kamu sujud dan janganlah kamu sujud mendahului imam sehingga imam itu sujud. Dan jika imam itu solat berdiri, maka kalian pun harus solat berdiri. Jika imam solat duduk maka kamu hendaklah solat duduk semuanya.” (Riwayat Abu Daud no.603)

Saturday 25 February 2012

10 surah dapat menghalang 10 ujian besar ALLAH

sumber : facebook
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Tuesday 14 February 2012

khasiat kacang (part 2)

Mungkin tidak ramai daripada kita yang menyangka kacang yang selalu kita makan. Sewaktu bersantai tersembunyi beberapa khasiat dan merupakan penawar kepada beberapa jenis penyakit. Ia boleh didapati dengan mudah di pasaraya dan dijual di pasar-pasar malam. Kacang bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Ia selalu dijadikan makanan pengunyah sewaktu berehat bersama keluarga di hadapan tv. Dan yang lebih utama harganya yang murah.

Hilangkan tekanan darah tinggi

Penyakit darah tinggi jika tidak dirawat sejak awal akan menimbulkan komplikasi terhadap pengidapnya dan boleh membawa maut. Cuba ikuti petua ini, mungkin ia boleh mengatasi masalah tekanan darah tinggi anda. Cara-caranya ialah gunakan 60 gram daun kacang serta rantingnya sekali. Rebus dengan air dan minumlah air rebusan tersebut. Satu lagi kaedah rawatan ialah ambil beberapa biji kacang dan rendamkan ia dengan cuka makan. Setiap pagi amalkan memakan 10 biji sehari.

Insomnia

Tidak mahu lagi terkebil-kebil di malam hari sedangkan suami di sebelah berdengkur Keletihan? Penyakit insomnia boleh menimbulkan kesan-kesan lain seperti kemurungan dan tekanan terutama sekali apabila berada di tempat kerja. Cara-cara merawatnya ialah dengan menggunakan 60 gram daun kacang bersama-sama rantingnya. Masukkan sedikit air kemudian hancurkan kesemuanya sehingga sebati. Makan 100ml sehari bahan-bahan yang telah dilumatkan tadi.

Mengurangkan penyakit bronkaitis kronik

Gunakan 60 gram kulit kacang yang menyaluti biji kacang. Kemudian campurkan dengan air dan rendamlah selama 10 jam dan kemudian toskan supaya anda mendapat airnya sahaja sebanyak 100ml. Tambahkan sedikit gula dan minumlah dua kali sehari.

Hilangkan batuk akibat asma dan kahak disertai darah

Pesakit asma mudah diserang batuk-batuk yang boleh mengakibatkan kesukaran bernafas. Untuk menghilangkan penyakit tersebut, ambil 30 gram kulit kacang dan 15 gram bunga lili. Kemudian direndam di dalam air semalaman. Minumlah air rendaman tersebut sehingga penyakit anda sembuh.

Atasi masalah cacing kerawit

Masalah kecacingan pada kanak-kanak yang tidak dirawat boleh mengakibatkan mereka kehilangan zat dan nutrien makanan yang sepatutnya diserap oleh tubuh mereka. Untuk merawatnya dapatkan minyak kacang yang segar. Untuk kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah, minumlah minyak tersebut dengan sukatan sebanyak 60ml. Manakala bagi mereka yang berumur 15 tahun ke atas gunakan sukatan sebanyak 80ml.

Hilangkan cirit-birit

Gunakan 60 gram biji kacang, dan 30 gram kurma cina. Hancurkan bersama sedikit air dan tambahkan sedikit gula dan bolehlah dimakan sehingga penyakit anda sembuh.

Atasi masalah kekurangan susu badan

Bagi kaum ibu yang sedang menyusukan bayinya. Mungkin sesetengah daripada kita mengalami masalah kekurangan susu badan. Untuk mengatasi masalah tersebut, ibu-ibu bolehlah amalkan meminum susu dan air soya. Di samping itu anda boleh juga mengamalkan cara ini. Ambil 100 gram biji kacang yang telah dibuang kulitnya dan ayam kampung. Masakkan dan tambahkan sedikit garam dan bolehlah dimakan bersama-sama nasi ataupun begitu sahaja.

Tambahkan tenaga akibat muntah berlebihan

Gunakan 60 gram biji kacang dan 30 gram kurma cina. Masukkan sedikit air serta tambahkan sedikit minyak kacang dan garam.


sumber


Wednesday 1 February 2012

kenapa sampai begitu pentingnya hubungan seksual ?

Pada tahun 2005, satu kajian telah dijalankan oleh syarikat pengeluar kondom terkemuka iaitu DUREX.

DUREX telah menjalankan satu kajian keatas kaum wanita berkaitan sejauh manakah pentingnya perhubungan seksual terhadap hidup mereka.

Dalam kajian tersebut, sebanyak 1500 reponden wanita telah terpilih untuk soal selidik ini.

78% daripada wanita tersebut menganggap kehidupan seksual amat penting sekali dalam hidup mereka.Dan mereka akan memberontak jika kepuasan seksual mereka tidak dipenuhi.

Dan 19% daripada mereka mengatakan perhubungan seksual mereka hanyalah sebagai pelengkap terhadap keperluan nurani mereka. 

Selebihya iaitu 3% daripada mereka tidak meletakkan hubungan seksual sebagai sesuatu yang mustahak dalam hidup mereka.

Kaum wanita majoriti daripadanya amat memerlukan perhubungan seksual.

Tetapi saya amat hairan kenapa begitu ramai lelaki yang bertanyakan kepada saya bahawa pasangan mereka sudah tidak berminat terhadap hubungan seksual.

Amat mustahil wanita yang normal tidak memerlukan hubungan seksual.

Pasti ada yang tidak kena disitu.

Wanita perlu pendekatan yang romantik dan professional untuk menarik minat mereka kearah hubungan seksual.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...