PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday 23 August 2011

rahsia air mata seorang wanita


Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Friday 19 August 2011

tanda lelaki jatuh cinta

Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa

Dia sentiasa ingin mengibur kekasihnya

Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayanginya

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap

Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya

Dia selalu mengawasi gerak-geri kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkan seluruh perhatian kepadanya

Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain

Dia menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja

Dia kadang-kadang suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya

Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama

Dia akan selalu memastikan keselamatan kekasihnya

Dia akan lebih mementingkan kekasihnya lebih daripada diri sendiri

Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya

Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tiada urusan penting dengannya

Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya

Dia membanggakan kekasihnya di hadapan orang lain

Jika ditinggalkan oleh kekasihnya dia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya

Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akan warasnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya

Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri

Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya

Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang wanita

sumber

Sunday 14 August 2011

khasiat hubungan seksual

Mengadakan hubungan seks dengan isteri anda akan memperolehi pahala.

Rasulullah S.A.W bersabda "SEKIRANYA KAMU BERSETUBUH DENGAN ISTERI KAMU, kamu akan mendapat pahala."

Para sahabat kehairanan lantas bertanya, takkanlah seorang datang memuaskan nafsu dengan isterinya pun dapat pahala ?!,

Rasul dengan hikmah menjawab : benar bukankah jika seorang itu memuaskan nafsunya dengan sesuatu yang haram tentulah baginya dosa, begitu juga dengan persetubuhan yang halal" - riwayat Muslim, juga merupakan hadis ke 25 dalam (Arbain Nawawi).

Selain itu, bersetubuh juga dapat menigkatkan aliran darah ke otak anda. Darah yang penuh beroksigen berasak-asak memasuki otak anda dan membuatkan anda rasa fresh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...