PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday 16 February 2011

hak suami dan isteri dalam Islam


Di dalam al-Quran Allah menyebutkan (Surah ar-Rum ayat 21):-
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk mu pasangan suami isteri dari antara kamu, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram antara satu sama lain dan dijadikanka di antara mu kasih sayang dan belas kasihan; sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
ENAM KELEBIHAN ORANG YANG BERKAHWIN 

1. Telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya
Dari Sahl bin Muaz al-Juhaini dari ayahnya dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw, sesiapa yang memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah dan mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah dan bernikah kerana Allah maka sempurnalah imannya
2. Mengikuti sunnah Nabi-Nabi yang terdahulu.
Dari Abu Ayyub dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah Saw "Empat perkara daripada perlakuan (sunnah) para Rasul: bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah."

3. Menghindari larangan agama
Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang hidup membujang.

4. Menjadi umat yang dibanggai oleh Rasullullah SAW
Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya.

5. Melaksanakan sunnah Rasullullah SAW
Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw "Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku.
6. Mengelakkan maksiat
“Hai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu mampu bernikah, hendaklah ia bernikah, kerana yang demikian itu amat menundukkan pemandangan dan amat memelihara kehormatan, barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu menahan nafsunya.”
Hak Isteri Yang Perlu Di Tunaikan Suami

TANGGGUNG JAWAB PERTAMA : BERGAUL DENGAN CARA YANG BAIK 
Allah S.W.T berfirman: (Surah an-Nisa ayat 19)

“Pergaulilah isteri mu dengan cara yang baik; kemudian bila tidak menyukai mereka (maka bersabarlah), kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, pada hal Allah menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak.”
Selain itu Rasullullah SAW bersabda: [7]:-

"Orang yang baik di antara kamu ialah orang yang baik perangainya kepada ahli rumahnya (isterinya). Dan aku (sendiri) orang yang paling baik di kalangan kamu terhadap isteriku."
TANGGUNGJAWAB KEDUA : BERLAKU ADIL 
Selain itu, suami hendaklah berlaku adil terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan hak isteri. Allah S.W.T berfirman: [8]:-

"Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa."
Perintah ini memerlukan suami bersikap adil, menghormati perasaan, berbaik hati dan bertimbang rasa terhadap isteri. Suami tidak boleh menunjuk sebarang kebencian atau menzahirkan perbuatan yang boleh menyinggung perasaan isteri.
TANGGUNGJAWAB KETIGA: MENASIHATI DAN MENDIDIK ISTERI 
Sudah menjadi tugas suami agar sentiasa memberi nasihat dan panduan terhadap isteri dan anak. Oleh yang demikian, suami hendaklah mendidik dirinya dan mendidik keluarganya dengan ajaran agama. Di dalam al-Quran Allah S.W.T berfirman: (Surah at-Tahrim ayat 6)

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu

SISIPAN SATU : TEGAHAN MEMUKUL ISTERI 

Rasullullah S.A.W bersabda: [9]:-

“Kamu tidak jumpai mereka itu (orang yang memukul isteri) sebagai orang yang baik antara kamu.”
Rasullullah S.A.W bersabda lagi [10]:-

"Dari Aisyah dia telah berkata, Rasulullah S.A.W. tidak pernah memukul isteri mahu pun khadamnya sama sekali; dan beliau sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, melainkan dalam peperangan (sabilillah)

SISIPAN DUA : HUKUM MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB DI DALAM ISLAM 

Rasullullah S.A.W bersabda [11]:-

" Dari Abdullah bin Amru, dia telah berkata, sabda Rasullullah S.A.W, Cukup berdosalah seseorang yang mengabaikan orang yang di bawah tanggungannya.”
TANGGUNGJAWAB KEEMPAT : MEMBERI NAFKAH 
Di dalam ajaran Islam ada menyatakan bahawa seorang suami berasaskan daya kekuatan mental dan fizikalnya dipertanggungjawabkan memberi nafkah zahir dan batin demi untuk kelangsungan hayat keluarga.[12]
Allah S.W.T berfirman :- (surah at-Talaq ayat 7)

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya
Inilah tanggung jawab suami yang perlu ditunaikan pada isterinya. Semoga perbahasan ini memberi manafaat pada kita semua.
[1] Hadith riwayat Ahmad
[2] Hadith riwayat at-Tarmizi
[3] Hadith riwayat at-Tarmizi
[4] Hadith riwayat Ibn Majah
[5] Hadith riwayat Ibn Majah
[6] Hadith riwayat al-Bukhari
[7] Hadith riwayat Ibn Majah
[8] Surah al-Maidah ayat 8
[9] Hadtih riwayat Ibn Majah
[10] Hadith riwayat Muslim
[11] Hadith riwayat Abu Daud
[12] Raja Rohana Raja Mamat, The role and status, hlm 60.


Sunday 13 February 2011

masalah migrain/sakit kepala

Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
Ia berasal dari perkataan Francis yang bermaksud sakit kepala sebelah.
Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.

Punca penyakit / Faktor Risiko

-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan -Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’

Tanda- tanda / Simptom

1) Migrain tanpa aura
-Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis
-Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
-berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
-denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

2) Migrain dengan tanda aura
-jarang berlaku
-pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
-Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

3) Opthalmoplegic migrain
-terlalu jarang berlaku
-sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
-mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
-pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

4) Status migrain
-berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
-boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
-migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang

5) Bentuk serangan migrain
-’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
- ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat
-’pallor’ berpeluh-peluh
-’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
-’photophobea’ - sensitif pada cahaya
-’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

sumber:mama nadhira

Sunday 6 February 2011

wanita perlu tahu tentang lelaki

1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.
Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. 
Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.
Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, ‘Awak langsung tidak menghormati saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.
Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.
Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.
Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.
Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.
Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6. Lelaki mahu lebih seks.
Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.
Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.
Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7. Lelaki bergelut dengan godaan mata.
Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.
Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.
Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.
Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.


Friday 4 February 2011

70 perkara haram yang dianggap remeh


Menyembunyikan aib barangan jualan

Bai'un Najisy ( seperti acara melelong atau menaikkan atau merendah harga barang untuk tujuan menipu)

Berjualan setelah azan kedua pada hari Jumaat

Judi walau apa cara atau apa bentuk atau apa tujuan

Mencuri

Memberi atau menerima rasuah

Merampas tanah milik orang lain

Menerima Hadiah Setelah Menolong

Tidak memenuhi hak pekerja

Tidak adil di antara anak

Meminta-minta di saat berkecukupan

Berhutang dengan niat tidak membayar

Memakan harta haram

Minum arak walaupun hanya setitik

Menggunakan bekas dari emas dan perak

Kesaksian palsu dan dusta

Mendengarkan dan menikmati musik

Ghibah (mengumpat)

Namimah (menghasut)

Mengintai atau mengintip rumah orang tanpa izin

Berbisik empat mata dan membiarkan kawan ketiga

Isbal (melabuhkan pakaian hingga paras buku lali)

Lelaki memakai perhiasan emas

Mengenakan pakaian pendek, tipis dan ketat

Menyambung rambut dengan rambut manusia atau rambut palsu yang lain

Lelaki berupa bentuk wanita atau sebaliknya

Mewarnakan rambut dengan warna hitam

Menggambar (melukis) makhluk yang bernyawa

Berdusta dalam soal mimpi

Memijak, duduk dan buang air di kuburan

Tidak membasuh setelah buang air kecil

Mendengarkan perbincangan atau bicara orang lain sedangkan mereka tidak menyukai

Jahat kepada jiran

Berwasiat yang membahayakan

Permainan dadu

Melaknat orang yang beriman orang yang tidak semestinya dilaknat

Meratapi jenazah secara berlebihan

Memukul muka orang dan menandai muka binatang

Memutuskan hubungan dengan saudara muslim lebih 3 hari

Syirik

Menyembah kuburan

Riya' dalam ibadah

tiyarah

Bersumpah dengan nama selain ALLAH

Duduk bersama orang munafik atau fasik untuk beramah tamah

Tidak Tuma'ninah dalam solat

Banyak melakukan gerakan sia-sia dalam solat

Mendahului imam dengan sengaja dalam solat

Masuk masjid setelah makan bawang atau sesuatu yang bau kurang enak

Zina

Liwat

Isteri menolak ajakan suami

Isteri minta ditalak oleh suami tanap sebab yang dibolehkan syara

Zhihar (suami atau isteri yang mengatakan bentuk kekal pasangan mereka sama dengan muhrim mereka)

Mengauli Isteri Ketika Haid

Mengauli isteri melalui dubur

Tidak berbuat adil di antara para isteri

Khalwat

Bersalaman dengan bukan muhrim

Wanita memakai wangian untuk keluar rumah hingga menggoda lelaki

Wanita bermusafir tanpa mahram

Memandang wanita dengan sengaja

Diyatsah (hilang rasa cemburu atau membiarkan maksiat berlaku di dalam rumah atau membiarkan ahli keluarga melakukan maksiat)

Memalsukan nasab anak selain ayahnya dan pengingkaran ayah terhadap anaknya sendiri

Makan wang riba

Wanita tidak menutup kepala dan dada hingga nampak rambut atau sanggul dan bentuk dada

Mengambil dadah atau perkara yang merosakkan diri
 
Merokok

Menipu

Membunuh walaupun itu hanya binatang apatah lagi manusia atau bayi


Tuesday 1 February 2011

dara melalui tapak tangan

“Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak.Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...