Friday, 9 December 2011

cara diperdekatkan jodoh


Orang yang hendak didekatkan jodoh hendaklah sentiasa senyum, periang, peramah serta menutup aurat. Di samping itu, beliau hendaklah juga memperbanyakkan ibadah dan berdoa. Insya Allah akan dipercepatkan jodohnya.
Cara Merawatnya :
1) Baca al-Fatihah.
2) Baca surah-surah Munjiaat (al-Mulk dan al-Insaan).
3) Baca doa ini : 
اللهم اجْعلْنِي / اجْعَلْها مَحْبُوبَةً في قُلُوبِ المؤمنينَ وَبَشِّرْنِي / وَبشِّرْها باِلغِنَى إلى مِائة وعشرين حَسَنَةً، فاللهُ خيرٌ حافِظا وهو أرْحَمُ الراحِمِينَ.
4) Bacaaan tersebut bolehlah dibacakan pada air untuk diminum dan disapu pada muka ketika hendak tidur, bangun tidur dan juga ketika hendak keluar rumah.
5) Juga dibacakan bacaan tadi pada air hujan yang bercampur dengan 7 jenis bunga yang berlainan warna, tidak berduri dan berbau harum untuk dimandikan pada waktu pagi dan petang.
6) Rawatan dilakukan sekurang-kurangnya 7 kali.
Insya Allah, akan dipermudahkan Allah jodohnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...