Tuesday, 13 December 2011

15 amalan terbaik Hassan Al-Basri



1-Kamu mempunyai giliran, jika anda tertinggal, giliran orang lain akan mengambil giliran anda.

2-Dunia adalah mimpi dan impian, akhirat adalah kenyataan, mati adalah perantaraan diantara keduanya, umat Islam adalah sebaik-baik pilihan.

3-Sesiapa menghisab dirinya dia akan berjaya.

4-Sesiapa lalai dia akan mengalami kerugian.

5-Sesiapa memandang kesan disebaliknya atau akibat, dia akan terselamat.

6-Sesiapa mengikut hawa nafsu, dia akan sesat.

7-Sesiapa dapat mencapai impiannya, dia akan menjadi kaya.

8-Sesiapa takut, dia akan selamat. Sesiapa mengambil pengajaran dia akan dapat melihat kebenaran.

9-Sesiapa dapat memahami, dia akan alim.

10-Sesiapa dapat memahami, dia akan beramal.

11-Jika kamu tergelincir, mulakan semula perjuangan kamu.

12-Jika kamu menyesal, buanglah perkara tersebut.

13-Jika kamu jahil, tanyalah.

14-Jika kamu marah, jagalah diri kamu.

15-Ketahuilah sebaik-baik amalan adalah amalan yang dibenci oleh nafsu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...