PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday 14 April 2011

wasiat ibu untuk anaknya

setelah Al Haris bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan 'Auf bin Muhlim Asyaibani, di waktu utusan diraja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini...Dia berkata -"wahai anakku!kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya,tetapi! ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal


andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya
nescaya,
tidak perlu bagimu seorang suami
dan kau terlalu berharga bagi kami,
tetapi!
wanita tercipta untuk lelaki
lelaki tercipta untuk wanita

bercerailah kau dari ayunan buaianmu
meninggalkan teratak tempat besarmu
melangkah menuju ke alam baru
yang belum kau kenal
yang belum kau biasa

kau milik suamimu
anggap dirimu sebagai hamba
tentunya untuk suamimu
jadi teman yang paling setia

bawalah wasiat dariku
sepuluh sifat sebagai bekalan perjalanan
menuju alam bahagia

relakan hatimu
sekadar yang ada
semoga suci hatimu
dengan taat setia
dan hulur tanganmu
tanda mahu berganding bahu

jauhkan dirimu dari segala yang jelek
yang dihidu atau dipandang mata
juga awasilah gerak lakumu
agar tidak sumbang mengguris rasa

sembunyikan suram wajahmu
gantikan ia dengan sinar
secerah sang suria pagi
dan badan yang semerbak harum
bermandikan bauan
mata berpasak, kening bercelak
itu menambah seri
itu membangkit berahi
dan ............................
air cukup memada bagi yang tiada

jaga masa makannya
juga waktu tidurnya
kerana,
perut kosong hilang bicara
mata mengantuk hilang kesabaran di dada

kunci mulutmu
tabahkanlah hatimu
badanmu terselamat
jiwa temanmu tidak terseksa

simpan dahulu kerianganmu
di kala dia berduka
pendamkan kesedihanmu
di kala dia bergembira
akibat aksi tidak senada
hilang simpati disebab pertama
keruh suasana disebab kedua

hulur tanganmu ....................
andai kau menghulur sebelah tangan
nescaya dia menghulur kedua belah tangan
tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan

ketahuilah!
kasihmu tidak kemana
jika hatimu berdua tidak sejiwa
kasih kau, kasihlah dia
benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menetukan nasibmu.."

"kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikanlah salamku kepada suamimu.." beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya... seterusnya wanita ini telah tercapai kedudukan yang mulia di sisi suaminya.... dia telah memperoleh 7 orang anak lelaki, yang kesemua mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayah mereka.... beginilah seterusnya status wanita-wanita yang memiliki kelebihan....


4 comments:

hana said...Reply To This Comment

wasiat yg bermakna..
semoga dapat jd isteri solehah..
=D

eira said...Reply To This Comment

@hanainsyaAllah..isteri solehah idaman lelaki..

fisa othman said...Reply To This Comment

boleh di jadi kan panduan...;)

eira said...Reply To This Comment

@fisa othman
moga2 sume wanita amik ni sbg 1 pnduan utk mnjadi istri solehah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...