setelah Al Haris
bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan 'Auf bin Muhlim
Asyaibani, di waktu utusan diraja hendak membawa pengantin perempuan untuk
disampaikan kepada raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya
ini...Dia berkata -"wahai anakku!kalaulah
wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu aku percaya kau telah mewarisi
segala-galanya,tetapi! ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada
yang berakal
andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya
nescaya,
tidak perlu bagimu seorang suami
dan kau terlalu berharga bagi kami,
tetapi!
wanita tercipta untuk lelaki
lelaki tercipta untuk wanita
bercerailah kau dari ayunan buaianmu
meninggalkan teratak tempat besarmu
melangkah menuju ke alam baru
yang belum kau kenal
yang belum kau biasa
kau milik suamimu
anggap dirimu sebagai hamba
tentunya untuk suamimu
jadi teman yang paling setia
bawalah wasiat dariku
sepuluh sifat sebagai bekalan perjalanan
menuju alam bahagia
relakan hatimu
sekadar yang ada
semoga suci hatimu
dengan taat setia
dan hulur tanganmu
tanda mahu berganding bahu
jauhkan dirimu dari segala yang jelek
yang dihidu atau dipandang mata
juga awasilah gerak lakumu
agar tidak sumbang mengguris rasa
sembunyikan suram wajahmu
gantikan ia dengan sinar
secerah sang suria pagi
dan badan yang semerbak harum
bermandikan bauan
mata berpasak, kening bercelak
itu menambah seri
itu membangkit berahi
dan ............................
air cukup memada bagi yang tiada
jaga masa makannya
juga waktu tidurnya
kerana,
perut kosong hilang bicara
mata mengantuk hilang kesabaran di dada
kunci mulutmu
tabahkanlah hatimu
badanmu terselamat
jiwa temanmu tidak terseksa
simpan dahulu kerianganmu
di kala dia berduka
pendamkan kesedihanmu
di kala dia bergembira
akibat aksi tidak senada
hilang simpati disebab pertama
keruh suasana disebab kedua
hulur tanganmu ....................
andai kau menghulur sebelah tangan
nescaya dia menghulur kedua belah tangan
tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan
ketahuilah!
kasihmu tidak kemana
jika hatimu berdua tidak sejiwa
kasih kau, kasihlah dia
benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menetukan nasibmu.."
"kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikanlah
salamku kepada suamimu.." beginilah ibu tadi menambah pesan kepada
anaknya... seterusnya wanita ini telah tercapai kedudukan yang mulia di sisi
suaminya.... dia telah memperoleh 7 orang anak lelaki, yang kesemua mereka
telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayah mereka.... beginilah
seterusnya status wanita-wanita yang memiliki kelebihan....
4 comments:
wasiat yg bermakna..
semoga dapat jd isteri solehah..
=D
@hanainsyaAllah..isteri solehah idaman lelaki..
boleh di jadi kan panduan...;)
@fisa othman
moga2 sume wanita amik ni sbg 1 pnduan utk mnjadi istri solehah..
Post a Comment