1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada
berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.
Para suami perlu tahu bahawa
isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi
atau di khalayak ramai.
2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka
mempercayai dan mengagumi mereka.
Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih
suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak
dihormati oleh isteri masing-masing.
3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas
yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati
oleh si isteri.
Apabila suami marahkan
isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, ‘Awak langsung tidak menghormati
saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan
isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu
merupakan satu penghinaan.
4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.
Mereka selalu berasa takut
kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di
rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka
tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.
Penawarnya? Tentulah pengakuan.
Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang
tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan
terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.
5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai
pencari nafkah untuk keluarga.
Secara umumnya, tidak penting
berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang
lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk
menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.
Lelaki akan terikat dengan
bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran
lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa
seolah-olah terkurung.
Bagaimanapun, isteri memang
tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu
meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.
6. Lelaki mahu lebih seks.
Ramai mungkin beranggapan
lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal
mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan
Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana
ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka
diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan
perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.
Seks bukan hanya hubungan
kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami
merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan
pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan
bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.
Apabila suami berasa dirinya
ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi
fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu,
melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga
sangat penting.
7. Lelaki bergelut dengan godaan mata.
Maknanya, majoriti besar kaum
lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan
wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar.
Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian
yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut
akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada
bila-bila masa.
8. Golongan Adam memang suka berasmara.
Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.
Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.
Bagaimanapun, isteri boleh
membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik
melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.
9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.
Kenyataan itu tidak bermakna
semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang
sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan
diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai
usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.
10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya
mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.
0 comments:
Post a Comment