Friday, 8 July 2011

setiap lelaki perlu ada sifat cemburu

Untuk menjadi lelaki yang hebat sifat cemburu perlu ada dalam diri mereka.

Sifat cemburu inilah yang akan menguatkan lagi perhubungan suami-isteri dan akan membawa kepada keluarga bahagia.

Kenapa sifat cemburu perlu ada dalam diri lelaki?

Lelaki yang mudah dan kuat perasaan cemburu mereka akan mengawasi tingkah laku isteri mereka.

Mereka tidak akan sesekali membiarkan lelaki lain melihat aurat isteri mereka.

Mereka tidak akan sesekali membiarkan isteri mereka meng'uplaod' sebarang gambar isteri mereka di facebook yang menjadi tatapan lelaki miang.

Lelaki cemburu juga tidak akan membiarkan isteri mereka memakai wangi-wangian yang melampau ketika di pejabat.

Lelaki yang cemburu juga tidak akan sesekali isteri mereka disentuh atau bergaul bebas dengan lelaki lain.

Dapat lihat disini lelaki yang terbaik adalah lelaki yang kuat cemburu!

Dan lelaki yang tidak cemburu pula adalah lelaki yang
DAYUS.

Sebab itulah jika difikir hak untuk menjatuhkan talak adalah ditangan lelaki. Walaupun lelaki mempunyai perasaan cemburu yang kuat namun mereka dapat mengawal emosi mereka dan dapat
berfikir secara waras.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...