PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday 28 November 2010

resepi agar-agar kering

sumber : google
Bahan-bahan:
· 50 gm agar-agar - direndam lembut dahulu
· 400 gm gula
· 1 cawan gula batu
· 6 gelas air
· Daun pandan
· Pewarna
Cara-cara:
1. Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
2. Masukkan gula dan gula batu dan masak lagi hingga kesemua gula telah hancur. Apabila gula sudah hancur dan pekat matikan api. Tapiskan larutan gula tersebut dan masukkan dalam 2 atau lebih bekas/loyang.
3. Masukkan satu pewarna dalam setiap satu loyang. Kacau rata dan sejukkan.
4. Bila telah keras potong mengikut saiz yang sesuai. Agar-agar yang dipotong hendaklan tidak terlampau kecil kerana ia akan mengecut apabila dijemur.
5. Agar-agar yang telah siap dipotong boleh di susunkan dalam dulang dan jemur ditengah panas matahari sehingga betul-betul kering.
6. Agar-agar yang dipotong perlu kerap dibalik-balikkan agar kesemua bahagian agar-agar kering dengan sekata. Agar-agar yang cukup kering boleh simpan dalam bekas yang kering.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...