1) Dunia ini ialah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai
bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium
bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang
itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat
perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana
agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima
waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami,
maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad
Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian
dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama
gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang wanita dari
rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan
menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua
burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan
semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya
(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW:
Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya
hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan
tangannya dari bakaran api neraka.
|
9) Tiap-tiap wanita yang menolong
suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih
dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di
dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai
suaminya dan mengadapnya.
10)Ya Fatimah, jika seorang wanita
meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat
kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman
syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia
melintasi titian Siratul-mustaqim.
11)Mana-mana wanita yang berkata kepada
suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah
akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan
beribadah pada malamnya.
12)Apabila wanita mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan
baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13)Apabila wanita mulai sakit untuk
bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
(perang sabil).
14)Apabila wanita melahirkan anak
keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Hayatilah wahai muslimah…semoga kita
dapat memelihara diri kita dari godaan duniawi,,,dan hiasi diri dengan iman dan
taqwa serta akhlak islam yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan
Rasulullah SAW….
wallahu taa’la a’la waa’lam..
wallahu taa’la a’la waa’lam..
0 comments:
Post a Comment