SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib
dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah
kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh
kehidupan seharian.
Sepuluh
celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
Dalam
erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini
juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah
yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah
mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah,
umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada
permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan
boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan
marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh
mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang
yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah.
Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji
yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan
segala kebaikan’ (riwayat Muslim).
5. Kedekut
Rezeki
yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat
kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari
hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah
dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia
termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu
menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi.
Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup
seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok
hari.”
(riwayat Bukhari dan Muslim).
(riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat
membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara
dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha
besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan
ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang
dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah
diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia
jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap
baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas
membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran
dan keikhlasan.
Sepuluh
sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori
melakukan dosa besar.
0 comments:
Post a Comment