PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label rahsia masalah wanita. Show all posts
Showing posts with label rahsia masalah wanita. Show all posts

Tuesday, 22 November 2011

tanda dan simpton keputihan

1) Discaj cecair putih dari vagina: Ini adalah simptom yang paling biasa para wanita hadapi.

2) Vagina berbau: Cecair yang keluar dari vagina akan disertai oleh bau yang kurang menyenangkan. Ini menandakan jangkitan telah berlaku.

3) Kegatalan: Apabila berlaku jangkitan kuman, vagina anda akan mula berasa gatal dan kemerahan.

Sunday, 17 April 2011

tips mengurangkan masalah keputihan

1) Sila pakai seluar dalam jenis cotton. Seluar dalam jenis cotton ini dapat membenarkan udara memasuki ke kawasan genital anda.
Selain itu ia mampu memberikan persekitaran kering dikawasan genital anda.

Kita tidak mahu kawasan genital berkeadaan lembap kerana ia mengalakkan pertumbuhan bacteria.

2) Jangan gunakan vagina douche. Kerana vagina douche mampu menggangu persekitaran pH vagina.
Jika persekitaran pH vagina terganggu, bacteria mudah untuk ‘menaklukinya’.

3) Jika anda kerap kali mengalami keputihan, jangan lakukan hubungan seksual sehingga keputihan itu reda.

4) Elakkan memakai seluar yang ketat. Seluar yang ketat akan menghalang pengaliran udara dan membuatkan ia mudah lembap.

5) Gunakan kondom. Ia mampu melindungi pasangan anda daripada terkena jangkitan pada zakarnya.

6) Kadang-kadang anda akan mengalami kegatalan pada bahagian kemaluan.
Jangan garu! Kerana jika anda mengarunya ia akan mengalakan lagi pertumbuhan bakteria pada kawasan yang digaru.

7) Selepas membuang air kecil. Basuh sebersihnya dengan air kemudian keringkannya dengan tisu. Jangan biarkan kawasan genital anda lembap.

Thursday, 13 January 2011

masalah keputihan

Keputihan adalah merupakan satu simptom dimana menunjukkan seseorang wanita ini dijangkiti bakteria atau pun kulat.

Jangkitan bakteria ini akan menyerang kawasan genital (kemaluan) seseorang wanita itu.

Selang beberapa hari, jangkitan ini akan mengeluarkan sejenis cecair yang berwarna putih disertai oleh bau yang kurang menyenangkan.

Selepas itu kawasan genital akan berasa gatal dan terbakar...

Menurut American Journal Of Obstetric & Gynecology menyatakan 85% wanita di U.S sengsara mengidap keputihan. Dan saya pasti angka peratusan tersebut pasti menyamai wanita di Malaysia yang mengidap keputihan.

Apakah kesannya jika keputihan ini tidak dirawat?

Banyak kajian yang telah dilakukan keatas wanita yang mengidap keputihan ini.

kesan sampingan daripada keputihan adalah seperti

1) Jangkitan pada saluran kencing

2) sukar untuk hamil

3) Jangkitan pada bayi dalam kandungan

Menurut majalah WomenHealth, keputihan adalah satu jenis penyakit seksual. Ini bermakna keputihan boleh berjangkit kepada pasangan awak!

Begini caranya ya keputihan itu berjangkit..mula-mula wanita itu akan mengeluarkan keputihan yang berbau kurang menyenangkan.

Kemudian apabila ia 'bersama' dengan pasangan, keputihan itu akan menyebarkan bakteria kepada bahagian sulit lelaki.

Selepas selang satu hari, bahagian sulit lelaki akan mula terasa gatal dan berkuping!

Ada sesetengah kes dimana bahagian sulit lelaki akan mengeluarkan air 'bisa' pada kawasan yang dijangkiti.

Dan berita baik adalah jangkitan keputihan bukanlah seteruk jangkitan sifilis atau gonorhoea. Ia senang dan mudah untuk pulih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...