PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, 20 June 2015

Jodoh

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Muhaimin....
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Pasrahkanla diriku ini dengan segala ketentuanmu...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Rabbul Izzatti...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Rabbana....
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.


Sunday, 30 November 2014

Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan


Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ):

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus:

+ Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

+ Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

+ Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.

+ Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

+ Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

+ Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

+ Kukus kek selama 1 jam.


Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus:

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega

+ Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.

+ Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair

( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

* I just found this here

Wednesday, 16 July 2014

Resepi Tat Nanas

Assalamualaikum, hari ni eira nak share resepi sendiri. Dah bertahun buat eksperimen tiap kali menjelang raya, kali ni baru rasa nak share. Agak-agak menjadi lah tat nenas eira. Biasalah, bukan pandai sangat buat kuih ni tapi ini resepi sendiri yang diubah ikut kesesuaian doh.

Bahan-bahan :

2 cawan butter
1 cawan gula
2 biji kuning telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
4 cawan tepung jagung
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :

1. Putarkan butter sehingga agak-agak dah okay, masukkan gula dan putar sampai kembang. Tambahkan susu.

2. Masukkan kuning telur. Kemudian, masukkan esen vanila.

3. Masukkan semua tepung yang diayak sekali perlahan-lahan.

4. Bakar pada suhu mengikut kesesuaian oven. Eira bakar pada suhu 180 darjah celcius selama mungkin 18-20 minit.

*Kalau doh agak-agak lembik teruskan tambah tepung jagung.

Sempena raya yang bakal menjelang, ampun maaf dipinta, mungkin selama ini ada kesilapan yang tak terduga. Selamat mencuba ya.

Haha, lupa pulak, jem tu boleh buat sendiri ataupun nak senang beli dekat kedai aje. Mama eira yang buatkan, so senang kerja eira.

Tuesday, 8 April 2014

Udang Sos Keju


Bahan :

300g udang (kupas kulit,tinggal ekor,belah belakang)
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh air perahan lemon
1/2 sudu teh garam
4 biji putih telur

Bahan pelapis (kacau rata) :

50g tepung roti kasar
50g oat
1 tangkai daun parsli (cincang halus)
Bahan sos :
1 sudu makan mentega tawar
1 ulas bawang putih , cincang halus
1 1/2 sudu makan tepung gandum
225ml susu cair
15ml krim pekat
50g keju cheddar parut
1/2 sudu teh garam
1/8 sudu teh serbuk lada sulah

Cara membuat :

Lumur udang dengan serbuk bawang putih, air perahan lemon dan garam. Perap selama 15 minit
Celupkan ke dalam putih telur, gulingkan ke atas pelapis. Goreng.
Sos ; panaskan mentega, tumis bawang putih sehingga terbit aroma. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berbutir
Masukkan susu cair sikit demi sikit sambil kacau hingga licin
Masukkan krim pekat, keju parut, garam dan serbuk lada sulah. Kacau hingga meletup-letup
Hidangkan udang bersama sos





Monday, 17 February 2014

Hadis tentang solat

      1. Rasulullah SAW bersabda: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 darjat." (HR Bukhari dan Muslim)

2. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna." (HR Tirmidzi) 

3. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan umrah sunat." (HR At-Tabrani)

4. Rasulullah SAW bersabda: "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya." (HR Muslim & Tirmidzi)

5. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka." (HR At-Tabrani)

6. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu." (HR At-Tabrani)

7. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelumdan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka." (HR Abu Daud & Tirmidzi)

8. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga." (HR Muslim)

9. Rasulullah SAW bersabda: "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidak berhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah, ampunilah dia dan turunkanlah rahmatMu kepadanya." (HR Bukhari)

10. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh)." (HR Muslim & Ahmad)

11. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu rasa ada angin di dalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya." (HR Muslim)

12. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala keldai." (HR Muslim)

13. Rasullulah SAW bersabda: "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdhal(baik) dari 70x solat tanpa siwak." (HR Zanjawaih & Hakim)

14. Rasullulah SAW bersabda: "Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat Jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban." (HR Ibn' Asakir)

15. Rasulullah SAW bersabda: "Malaikat sentiasa berdoa untuk kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas." (HR Bukhari & Muslim)

16. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca 'Allahuma Rabbana lakal hamdu' kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari & Muslim)

17. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat." (HR Abu Daud)

sumber

Saturday, 16 March 2013

13 Rahsia Solat


1-Niat Sembahyang

Sebenarnya memelihara taubat kita di dunia dan di akhirat.


2-Berdiri Betul 

Meluaskan tempat kita di dalam kubur bila kita mati nanti.


3-Takbir-ratul Ihram

Untuk cahaya pelita kita semasa berada di alam kubur nanti.


4-Fatihah

Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur


5-Ruqu'

Sebagai tikar alasan kita di alam kubur


6-I'tidal

Sebagai air minuman dari telaga al-kautsar ketika di alam kubur


7-Sujud

Menjadi pagar kita semasa kita menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM


8-Duduk Antara 2 Sujud

Akan menaungkan panji-panji nabi kita di alam kubur


9-Duduk Antara 2 Sujud Akhir
Menjadi kenderaan kita ketika berada di padang Mahsyar


10-Tahhiyat Akhir

Sebagai penjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh malaikat Munkar dan Nankir di alam kubur.


11-Selawat Nabi

Pendinding api neraka di alam kubur


12-Salam

Memelihara kita di alam kubur


13-Tertib

Akan pertemuan kita dengan Allah SWT


Tuesday, 13 November 2012

Kek Batik Simple




BAHAN-BAHAN

250 gram buttercup
1 tin susu pekat
1 sudu serbuk koko
1 cawan milo
1 bungkus biskut marie

CARA MEMBUATNYA

Cairkan butter, masukkan susu pekat, milo dan koko

Panaskan sampai pekat dan likat

Masukkan biskut marie yang telah dipecahkan, kacau

Masukkan adunan ke dalam bekas dan tekan atau padatkan. Sejukkan

sumber : FAMOUS CAKES RECIPE

Saturday, 27 October 2012

Rahsia Solat 5 Waktu

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.


Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.


Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:


Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:


Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.


Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Wednesday, 24 October 2012

Agar-agar Laici




BAHAN-BAHAN

25gm agar-agar
2 biji telur
1 tin susu cair
½ tin buah laici – kisar
5 cawan air
1 sudu besar mentega
Secubit garam
2 sudu besar esen vanila
1 cawan gula
1 cawan air laici

CARA MENYEDIAKAN

Didihkan agar-agar bersama air dan sehingga agar-agar larut

Masukkan susu, telur, buah laici yang telah dikisar dan kacau sebati

Setelah mendidih dan agar-agar larut, masukkan mentega, garam dan esen vanila. Kacau hingga pekat

Tuangkan adunan ke dalam loyang acuan dan biarkan sejuk dan beku

sumber : SAJI

Saturday, 11 August 2012

Tuesday, 15 May 2012

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang


Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.
Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.
 Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
 Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

Friday, 6 April 2012

KHASIAT SURAH A-FATIHAH


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:


"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"


Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:


"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan


"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."


Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Di antara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.


·         Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah di antara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.


·         Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan pelbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.


·         Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:


"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."


·         Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:


"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"


Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':


"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."


·         Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.


·         Ikhtiar mengubati penyakit : Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu diminum, InsyaAllah menjadi sembuh.


·         Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada si sakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.


·         Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.


·         Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.


·         Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:


"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".


·         Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:


"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".


·         Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)


Sabda Nabi Muhammad s.a.w."


"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:


·         Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.


·         Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.


·         Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:


"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."


·         Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.


·         Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:


"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".


Wednesday, 28 March 2012

KHASIAT SURAH AL-KAUTHAR

sumber : facebook
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...