Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang
pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin
mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa
sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini
menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada
yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi
jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda
posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita
walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info
dibawah.
Jerawat kat
DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran
darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang
yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya
menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat
tidur yang cukup dan minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya
bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung
mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak
normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung
pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai
masalah.
Jerawat kat
DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula,
berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin
(rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di
sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem
peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi
hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan
penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan
tidak normal.
Jerawat kat
BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang
atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan
bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan
yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke
cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang
dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih
jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat
doktor.
P/S: Tips untuk
kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum
sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk
menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki
daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.
2 comments:
sis..sumber dari mna ye ?
sumber dari link ini..maaf kalau ada info yang silap.. :) just sharing ;)
http://www.myberita.com/posisi-jerawat-petunjuk-kepada-kesihatan-seseorang/
Post a Comment