Pertanyaan ini adalah khusus
dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta
ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu
bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu
adalah keadaan talajjuj (iaitu
ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu
sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat
agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya
ketika malaikat bertanya:
“Siapakah Tuhanmu?”.
Pertanyaan kubur ini
dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa
tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:
Para Nabi- Yang hak
bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan
bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada
mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan
terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.
Shiddiqin- yakni
orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan
pengkhabaran.
Syuhada’- yakni mereka
yang tergolong mati syahid.
Muraabithin- yakni mereka
yang selalu tekun menjalankan ibadah.
Orang-orang yang sebahagian besar
waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika
tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut
pendapat sebahagian ulama.
Orang yang mati dengan sebab taun
atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.
Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk
pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas ’Asar hari Khamis, dan tamat apabila
masuk waktu ’Asar hari Jumaat.
Qaul yang rajih (iaitu qaul yang
lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa selain para nabi dan syuhada’
dalam peperangan adalah ditanya
dengan pertanyaan yang ringan.
0 comments:
Post a Comment