1) Pemimpin / imam yang adil.
-Adil itu
dalam erti kata, bukan hanya pada pemimpin yang berada di bwahnya
pengikut-pengikut yang ramai, tapi adil kepada isterinya, kepada anak-anaknya
juga, bermakna pemimpin dalam segala segi.
2)
Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah.
3)
Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
- Lelaki yang
apabila masuknya waktu solat, dia pun bergegas ke masjid untuk menunaikan solat
di masjid.
Golongan ini
semakin kurang dan seperti Rasulullah pernah bersabda dahulu, yang "di
akhir zaman nanti masjid akan kurang orang di dalamnya walaupun kedudukannya di
tengah lembah manusia"
4) Dua
lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.
5)
Lelaki yang diajak oleh perempuan yang berkedudukan tinggi dan mempunyai rupa
paras yang menawan untuk melakukan maksiat lalu ia berkata; "Aku takut
kepada Allah".
- Golongan
yang ini benar-benar takutnya akan ALLAH, dia lebih takut akan balasan dari
Maha Esa dari kesedapan yang nak dia dapat sekejap itu.
6)
Lelaki yang memberikan sedekah dalam keadaan sembunyi hingga tangan kanannya
tidak mengetahuinya.
- Yakni
menginfakkan hartanya kerana ALLAH, dan tidak ada terlintas langsung
tindakannya itu untuk mendapat pujian makhluk atau di angkat kerana kemurahan
hatinya itu.
7)
Lelaki yang ingat kepada Allah dalam keadaan sembunyi/tidak diketahui oleh
orang lain sehingga gugurlah air mata daripada kedua matanya.
- Lelaki yang
takutkan akan ALLAH, sehingga gugur air mata nya. Dan telah disebutkan bahawa
mata yang menangis kerana insaf dan takutnya akan balasan ALLAH itu adalah mata
yang diharamkan akannya api neraka. (takut dalam erti kata, bersungguh-sungguh menjauhi dosa dan maksiat yang
dibenci ALLAH)
sumber
sumber
0 comments:
Post a Comment