Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa
Dia sentiasa ingin mengibur kekasihnya
Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayanginya
Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap
Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya
Dia selalu mengawasi gerak-geri kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga
Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya
Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkan seluruh perhatian kepadanya
Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain
Dia menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja
Dia kadang-kadang suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya
Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama
Dia akan selalu memastikan keselamatan kekasihnya
Dia akan lebih mementingkan kekasihnya lebih daripada diri sendiri
Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya
Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tiada urusan penting dengannya
Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya
Dia membanggakan kekasihnya di hadapan orang lain
Jika ditinggalkan oleh kekasihnya dia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya
Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akan warasnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya
Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri
Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya
Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang wanita
0 comments:
Post a Comment