PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, 20 June 2015

Jodoh

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Muhaimin....
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Pasrahkanla diriku ini dengan segala ketentuanmu...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Rabbul Izzatti...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Rabbana....
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.


Sunday, 30 November 2014

Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan


Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ):

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus:

+ Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

+ Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

+ Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.

+ Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

+ Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

+ Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

+ Kukus kek selama 1 jam.


Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus:

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega

+ Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.

+ Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair

( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

* I just found this here

Wednesday, 16 July 2014

Resepi Tat Nanas

Assalamualaikum, hari ni eira nak share resepi sendiri. Dah bertahun buat eksperimen tiap kali menjelang raya, kali ni baru rasa nak share. Agak-agak menjadi lah tat nenas eira. Biasalah, bukan pandai sangat buat kuih ni tapi ini resepi sendiri yang diubah ikut kesesuaian doh.

Bahan-bahan :

2 cawan butter
1 cawan gula
2 biji kuning telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
4 cawan tepung jagung
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :

1. Putarkan butter sehingga agak-agak dah okay, masukkan gula dan putar sampai kembang. Tambahkan susu.

2. Masukkan kuning telur. Kemudian, masukkan esen vanila.

3. Masukkan semua tepung yang diayak sekali perlahan-lahan.

4. Bakar pada suhu mengikut kesesuaian oven. Eira bakar pada suhu 180 darjah celcius selama mungkin 18-20 minit.

*Kalau doh agak-agak lembik teruskan tambah tepung jagung.

Sempena raya yang bakal menjelang, ampun maaf dipinta, mungkin selama ini ada kesilapan yang tak terduga. Selamat mencuba ya.

Haha, lupa pulak, jem tu boleh buat sendiri ataupun nak senang beli dekat kedai aje. Mama eira yang buatkan, so senang kerja eira.

Tuesday, 8 April 2014

Udang Sos Keju


Bahan :

300g udang (kupas kulit,tinggal ekor,belah belakang)
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh air perahan lemon
1/2 sudu teh garam
4 biji putih telur

Bahan pelapis (kacau rata) :

50g tepung roti kasar
50g oat
1 tangkai daun parsli (cincang halus)
Bahan sos :
1 sudu makan mentega tawar
1 ulas bawang putih , cincang halus
1 1/2 sudu makan tepung gandum
225ml susu cair
15ml krim pekat
50g keju cheddar parut
1/2 sudu teh garam
1/8 sudu teh serbuk lada sulah

Cara membuat :

Lumur udang dengan serbuk bawang putih, air perahan lemon dan garam. Perap selama 15 minit
Celupkan ke dalam putih telur, gulingkan ke atas pelapis. Goreng.
Sos ; panaskan mentega, tumis bawang putih sehingga terbit aroma. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berbutir
Masukkan susu cair sikit demi sikit sambil kacau hingga licin
Masukkan krim pekat, keju parut, garam dan serbuk lada sulah. Kacau hingga meletup-letup
Hidangkan udang bersama sos





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...