PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, 8 April 2011

ada masa lelaki tolak seks

JANGAN SANGKA LELAKI SENTIASA BERHASRAT UNTUK SEKS, PANTANG ADA PELUANG TERUS MENYAMBAR. SEBENARNYA ADA MASA LELAKI JUGA AKAN MENOLAK MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM. BERIKUT ADALAH MASA-MASANYA:-


Kurang Tidur
Ketika lelaki mencecah umur kematangan atau dua puluhan, keinginan melakukan seks kadang melebihi minat tidur, apatah lagi jika baru mendirikan rumah tangga. Pukul 3.00 pagi pun mereka sanggup mengejutkan pasangan untuk seks kerana apabila sedang membara. Tapi seiring pertambahan usia dan tempoh perhubungan itu sendiri, minat untuk berhubungan intim juga semakin surut. Apatah lagi kepenatan bekerja dan kurang tidur.


Kadar Hormon
Stimulasi fisiologis yang terpenting terhadap minat seksual adalah hormon testosteron. Terlalu banyak prolaktin dan Sex Hormone Binding Globulin (SHBG) dapat menghalang nafsu untuk hubungan intim. Jadi jika alasan hormon menjadi punca masalah, maka ujian darah untuk memeriksa tahap hormon testosteron, prolaktin, SHBG diperlukan


Masalah Identiti
Apabila seseorang lelaki mengalami ketidakpastian mengenai fungsinya di dunia, dalam keluarga, lebih-lebih lagi pada pasangan maka minatnya pada seks juga ikut terhakis. Ia selalu dikaitkan sebagai masalah kemurungan atau depresi. Masalah identiti ini selalunya berlaku apabila seseorang lelaki kehilangan pekerjaan, salah satu anggota keluarga meninggal, serta pertanyaan demi pertanyaan mengenai orientasi seksualnya. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan nafsu seks semakin menurun
atau mungkin langsung hilang.


Hati Tersinggung
Seperti wanita, hati lelaki juga akan terasa bila menyentuh perkara-perkara tertentu yang tidak menyenangkan hatinya. Bila perasaan tersentuh atau tersinggung lelaki akan memilih tidak melakukan seks sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Perkara yang mungkin membuatkan seorang lelaki tersinggung antara adalah sikap pasangan yang suka mencela ataupun menjatuhkan air mukanya.


Berbeza Pendapat
Lelaki juga akan memberontak dan ia akan melampiaskannya dalam bentuk mengelakkan seks berbeza pendapat ataupun bertengkar dengan pasangan. Sebahagian lelaki memilih ‘menghukum’ pasangan dengan tidak melakukan aktiviti di tempat tidur hingga konflik selesai.


Pengambilan Ubat Ubatan
Ubat anti kemurungan dan ubat penurun tekanan darah sering kali menjadi penyebab hilangnya nafsu seks bagi lelaki. Ia juga sering dikatakan menjadi penyebab berlakunya disfungsi seksual pada kaum Adam.


Masturbasi
Lelaki yang kerap melakukan masturbasi akan merasakan mereka tidak memerlukan pasangan untuk memuaskan nafsunya. Aktiviti ini semakin menjadi-jadi terutama sejak perkembangan teknologi informasi. Ia menjadi masalah jika terlalu asyik melakukannya sehingga melupakan pasangan sendiri.


Takutkan Keintiman
Mungkin kedengaran aneh tapi hakikatnya ada sebilangan lelaki yang takut dengan keintiman kerana pengalaman tak menyenangkan di masa lalu. Mungkin kerana diliwat atau sebagainya.


Fungsi Seksual Terganggu
Terdapat lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ejakulasi awal ataupun lambat akan menghindari seks dengan pasangan. Bagi lelaki ini daripada kecundang sebelum ‘berperang’ lebih baik tidak memulakannya langsung. Sekiranya ketika ini suami menghindari seks, cara berkesan untuk mengajaknya untuk kembali bersama adalah menjauhkan kritikan yang sifatnya menjatuhkan air muka atau ‘mencela’ kejantanannya. Dibantu dengan informasi jelas dan pakar seks, sebahagian besar kes sebegini boleh diselesaikan.

sumber: http://mistazam.blogspot.com/2011/03/ada-masa-lelaki-tolak-seks.html

Thursday, 31 March 2011

hukum minum susu badan isteri



Soalan
Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks? Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
Jawapan
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.
Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.
Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.
Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.
Wasallam.

Tuesday, 29 March 2011

makanan yang paling sihat

Nenas
Mempercepatkan proses pembedahan
Mempertingkatkan kesihatan sendi tulang
Mengurangkan radang asma



Anggur biru

Memelihara tahap antioksidan
Mengundurkan kemerosotan otak yang berkaitan dengan umur
Mencegah jangkitan saluran pembuangan najis

Bayam
Membantu mengekalkan ketajaman mental
Mengurangkan risiko kanser pada hati, ovari, kolon dan prostat
Kepadatan bahan gizi yang teratas

Lada loceng merahMengurangkan risiko kanser paru-paru, prostat, ovari dan serviks.
Melindungi dari bakaran matahari
Mempertingkatkan kesihatan jantung

Broccoli
Mengurangkan keburukan kencing manis
Merendahkan risiko prostat, bladder, kolon, penyakit pankreas, gastrik dan kanser buah dada
Melindungi otak dari kejadian kecederaan

Tomato
Mengurangkan keradangan
Merendahkan risiko berkembangnya kanser esophageal, perut, colorectal, dan paru-paru.
Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Epal

Menyokong imunisasi badan
Melawan kanser paru-paru dan prostat
Merendahkan risiko Alzheimer

Artichoke
Membantu pembekuan darah
Makanan anti-oksidan
Merendahkan kolestrol

Arugula
Merendahkan risiko kecacatan ketika lahir
Merendahkan risiko keretakan tulang
Melindungi kesihatan mata

Asparagus
Memelihara bakteria yang bagus
Mengelakkan kecacatan ketika lahir
Meningkatkan kesihatan jantung

Avokado
Membataskan kerosakan hati
Mengurangkan risiko kanser mulut
Merendahkan tahap kolestrol

BlackberryMembina kepadatan tulang
Menahan selera makan
Meningkatkan pembakaran lemak

Butternut Squash
Membantu penglihatan waktu malam
Memerangi kedutan pada kulit
Meningkatkan kesihatan jantung

Cantaloupe
Membantu imunisasi
Melindungi kulit dari sunburn
Mengurangkan keradangan

Lobak merah
Antioksidan mempertahankan DNA
Melawan katarak
Melindungi dari beberapa jenis kanser

Cauliflower / Bunga kobis
Mendorong pembuangan toksin
Menekan pembesaran sel kanser buah dada
Melindungi dari kanser prostat
Cherry
Meringankan kesakitan athritik dan gout
Merendahkan kolestrol
Mengurangkan keradangan

Cranberry
Meringankan kesakitan prostat
Melawan sel kanser paru-paru, kolon, dan leukemia.
Mencegah jangkitan tempat pembuangan najis dan saluran kencing

Kobis hijau
Meningkatkan pembekuan darah yang sihatPMengurangkan risiko kanser prostat, kolon, buah dada dan ovari.
Aktifkan sistem pembuangan toksin alamiah badan.

Kale / Sayuran hijau seperti kangkung dan bayam
Melawan estrogen merbahaya yang membiakkan kanser
Melindungi mata dari kerosakan akibat matahari dan katarak
Menambahkan kepadatan tulang

Kiwi
Melawan kedutan pada kulit
Mengurangkan risiko gumpalan darah beku dan gumpalan lemak dalam darah
Melawan sembelit

Mango / Mangga
Menyokong imunisasi
Merendahkan kolestrol
Mengatur homocysteine untuk melindungi arteri

Cendawan
Meningkatkan pembuangan toksin secara alamiah
Mengurangkan risiko kanser kolon dan prostat
Merendahkan tekanan darah

Oren
Mengurangkan tahap kolestrol yang teruk
Merendahkan risiko kanser mulut, tekak, buah dada, perut dan leukemia semasa kecil
Pektin menindaskan selera makan

Betik
Membantu pencernaan enzim
Mengurangkan risiko kanser paru-paru
Meningkatkan pembakaran lemak

Plum & Prune
Melawan sembelit
Antioksidan melindungi dari kerosakan DNA
Melindungi kehilangan tulang akibat post-menopause

Pomegranate / Buah delima
Meningkatkan perlindungan sunscreen
Merendahkan kolestrol
Melawan kanser prostat

Pumpkin / Labu
Melindungi sendi tulang dari polyarthritis
Merendahkan risiko kanser prostat dan paru-paru
Mengurangkan keradangan

Raspberry
Menghalang pembesaran kanser mulut, buah dada, kolon dan prostat
Perlindungan antioksidan terhadap DNA
Merendahkan tahap kolestrol yang tidak diingini

Strawberry
Melindungi dari Alzheimer
Mengurangkan kolestrol yang tidak diingini
Menindas pembesaran kanser kolon, prostat dan mulut

Sweet Potato / Ubi kentang manis / Ubi steler
Mengurangkan risiko strok
Merendahkan risiko kanser
Melindungi dari kebutaan

Tembikai
Menyokong kesuburan lelaki
Mengurangkan risiko beberapa kanser prostat, ovari, serviks, mulut dan
pharyngeal (rongga tenggorok)
Melindungi kulit dari sunburn

Pisang
Menambahkan pembakaran lemak
Merendahkan risiko kanser colorectal dan buah pinggang, leukemia
Mengurangkan simptom-simptom asma bagi kanak-kanak

Tuesday, 22 March 2011

kenali lelaki melalui tindakannya

LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.

Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian. Oleh itu, sedikit kajian telah dibuat untuk mengenali lelaki melalui tindakannya:

Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.

Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.

Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikankerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.

Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki.

Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.

Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.

Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.

Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.

Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:- Dia sayang dan takut kehilangan anda- Dia mahu menguasai anda- Dia tidak mahu ada pesaingan- Dia mungkin mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.

Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya.

Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak melakukan perkara yang sama.

Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...